Ampun segala dosa-dosaku, kedua ibu bapa, mertuaku, suamiku serta guru-guruku. Kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang orang-orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
Ya Allah, Ya Latif, lembutkan hatiku, suami serta anak-anakku serta zuriat keturunanku agar mudah menerima hidayahmu. Ya Allah, Ya Latif lembutkan tutur kataku agar anak-anakku mendengar apa yang di kata.
Ya Allah, Ya Fattah, Ya Alim berilah kefahaman agama kepadaku, suamiku, anak-anakku serta zuriat keturununanku agar dengan kefahaman itu kami melaksanakan perintahmu dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim aku mohon ddengan rahmat dan kasih sayangmu untuk anakku Muhammad Muhaimin agar diberi kelancaran bercakap dan jadikan dia pembantu agamaMu.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim permudahkanlah urusan anak-anakku Arif Hudzaifah dan Muhaimin untuk menjalani pembedahan yang berkaitan dengan kesihatannya dan beri kesembuhan untuk mereka.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim jadikanlah ketiga-tiga anak lelakiku Saif Syahmi, Arif Hudzaifah dan Muhaimin anak yang di beri kefahaman al-quran dan beramal dengannya. Jadikan mereka sebagai hambaMu yang sentiasa menjadi pembuka jalan kebaikan dan penutup kepada segala keburukan.
Ya Allah, Ya Razzaq, Ya Wahhab, rezekikan aku dengan rezeki yang melimpah ruah dan berkat dengan menjual buku. Dan aku mohon kau izinkan aku berkongsi dan infaq ilmu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan mereka yang memerlukan.
Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang telah kau kurniakan dan anak-anak yang menjadi penyejuk mataku.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
Ya Allah, selamatkan aku, suami, anak-anak dan ahli keluargaku dari fitnah Dajjal.
Ya Allah, selamatkan aku, suami, anak-anak dan ahli keluargaku dari azab kubur dan azab api neraka.
Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku. Ya Allah, kurniakan kesembuhan pada tangan dan jari-jariku kerana dengan tangan dan jari-jari ini aku menyediakan juadah makanan untuk ahli rumahtanggaku.
Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Amin Ya Rabbal’ Alamin.

No comments:
Post a Comment