* Ini sekadar pendapat dari hamba yang masih belajar
email ni dah berada dalam inbox saya lebih dari tiga hari. Bukan sengaja tak nak jawab tapi kelemahan diri yang masih terkial2 mengurus masa di bulan puasa dengan kesihatan diri yang kurang baik...Allahu akbar lemahnya diri ini.
Kenapa saya jawab dalam blog? saya harap ia boleh dikongsikan dengan ramai orang. Soalan seperti ini bukan kali pertama dan ini bukan jawapan apa yang terbaik tetapi apa yang pernah saya praktikkan...InsyaAllah jawapan yang terbaik "ask Allah" .
Cara Allah menjawab itu mungkin dengan pelbagai ..sama ada di temukan kita dengan pakar atau mungkin kita jumpa artikel yang sesuai.
1-Inginkan Perhatian
Pertama sekali, saya percaya pada anak2 murid yang membuat perangai di sekolah mahupun di rumah adalah kerana mereka inginkan perhatian. Percaya atau tidak, setiap kali ada anak murid yang mengusik kwn2 di dalam kelas kita pasti akan memanggil nama mereka. Kita jarang focus pada anak2 murid yang tidak menimbulkan masalah. Daripada sini, anak2 belajar kita pasti akan memberi perhatian dangan cara melakukan kesilapan.
2- Focus On Positive Behavior
Saya tau ia sesuatu yang sukar bila kita nak tukar persepsi ini, tapi saya percaya ia boleh di lakukan dengan syarat ia perlu consistent. Rutin saya setiap pagi ketika mengajar dulu, pada setiap pagi waktu circle time, saya suka bersoal jawab dengan anak2 murid saya. Selain bertanya perkara2 wajib di dalam kelas..saya suka bertanya what is good khalifah? Ketika ini ada macam2 jawapan dari anak2 ..saya suka sesi ini, walaupun kelas akan jadi riuh rendah tapi saya suka melihat response dari mereka. Ketika ini lah, saya akan selitkan tingkah laku setiap anak anak yang negative tanpa menyebut nama mereka.
Sebagai contoh, I keep asking what is good khalifah?"Good Khalifah when teacher emi talking in front the class, they will listen and keep quite".."good khalifah when they have toys, they will share the toys with friend". "Good khalifah also use hand for good things..they do not use for hitting" Ketika ini, akan ada anak2 yang akan menyebut nama2 kawan mereka yang suka pukul kawan tapi ketika ini saya akan cepat2 kata "Tak lah, ____ good boy kan?.._____ tak suka pukul kawan kan? sambil tanya pada pelajar tersebut. Biasanya response dia akan pelik bila dia tengok guru menafikan. Saya akan kata dalam kelas, "anak2 teacher emi dalam kelas ni semua good khalifah kan?" Hampir setiap hari saya repeat perkara ni dalam kelas.
Saya juga pernah gunakan story book "Hands Are Not For Hitting" semasa tema My Body pada bulan feb.
tapi..tak semestinya tak de buku ni di sekolah, menjadi alasan untuk guru tak boleh buat:) ada macam2 cara sebenarnya. InsyaAllah niat dan hati yang ikhlas, akan ada ilham dari Allah.
3) Alert with what your kids doing ~ Focus on positive
Cuba jadi seorang yang sentiasa nampak pada kebaikan. Contohnya pagi tu afiq (anak yang suka pukul kawan) behave, segera puji " MasyaAllah afiq, bagusnya boleh main sama2 dengan kawan..tak pukul kawan ...bagusnya, macam ni lah anak murid teacher emi". InsyaAllah, dengan niat dan usaha yang ikhlas ini boleh membantu anak murid kita.
4) Komunikasi dengan parents
Tentang Komunikasi dengan parents yang bertindak seperti acuh tak acuh, mungkin kita perlu tengok cara ketika kita berkomunikasi dengan parents. Mungkin cara yang kita gunakan kurang profesional, dan ini menampakkan aduan kita seperti tidak serius.
Apabila nak berkongsi masalah anak2 dengan ibu bapa pelajar cari masa yang sesuai. Bukan ketika ibu/ayah menghantar dan mengambil anak. Jika boleh gunakan masa tersebut sebagai "heads up" sahaja.
Sebagai contoh, ketika approach parents tanya "Encik/ Puan bila masa yang sesuai saya nak bincang sikit tentang afiq(contoh)".
Jika parents tersebut, "tak per teacher, saya boleh luangkan masa sekejap". Masa ni baru boleh share masalah tersebut, maknanya parents bersedia untuk menerima maklumat dari guru.
5) Doa
Last but not least, jangan lupa doakan anak2 murid kita setiap kali solat. Berdoalah untuk mereka agar menjadi anak2 yang berguna untuk agama. Saya sangat percaya doa yang ikhlas dari seorang guru pasti Allah dengar. kadang2 apa yang berlaku pada anak murid kita sebenanrnya reflect diri kita sendiri.
Sekian, Allahu alam

No comments:
Post a Comment