Wednesday, May 29, 2019

Semuanya anugerah...

Image result for bayi lelaki soleh

Hari ni ada check perut..macam biasa ambil darah utk HB ..huhu..naik 0.1 jer. 
Dah tak boleh nak kata apa dah..pregnancy sebelum ni pun memang biasa dengan masalah darah ni.
Dah pernah check talasemia ..alhamdulillah tak ada. Tapi nampak muka nurse risau juga..
"sebelum2 ni memang macam ni juga ke puan?" .. senyum sambil jawab "ya..saya". 
"Nanti jumpa doktor, tengok doktor cakap apa ya.." 
.
.
Seperti yang di jangka, doktor tanya soalan yang sama. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan doktor2 dan nurse di KK Meru ni dapat layanan yang baik. Lepas jumpa doktor, hari ni ada scan baby... "Pergi bilik 11, ikut tapak kaki tu ya Puan". Bagi tau doktor yang sebelumnya. 
"ok, terima kasih".
.
.
"Ok, keadaan baby nampak semua ok.. ni kepala di bawah". "Uri di mana doktor? sebab pregnancy sebelum ni ada placenta previa". Tanya emak yang nervous ni hihi.. "oh..uri ok ada kat atas".
"Boleh ke tau gender baby sebab dua sebelum ni boys"..sengih aku.
"Ok boleh, jap saya check...alamak! macam geng abg lah..., macam saya lah ada 3 boys" 
"Tak pe lah, yang penting sihat jawab mak ni 😁"..sambil sengih. 
Bohonglah kalau kata tak teringin girls ..tapi pernah terjumpa statement Allah tau apa yang terbaik untuk kita. Dia bagi apa yang lebih kita perlukan daripada apa2 yang kita nak. Bak kata ustaz Pahrol dalam ceramahnya baru-baru ni " apa-apa dari Allah semuanya baik2 belaka walaupun yang kita nampak sebaliknya dengan ilmu kita yang jahil ini. 
.
.
Untuk hero umi yang bakal bersua tidak lama lagi... umi doakan kamu yang baik2 seperti mana abg2 kamu. Kehadiran kamu dan berita tentang kamu hari ini buat umi lebih excited untuk buat persiapan menyambut kehadiran kamu. Next post, umi nak kena senaraikan checklist apa yang perlu. Ayah kamu sangat cool dan lebih organize dari umi... ayah dah keluarkan barang2 abg kamu yang mana masih boleh di gunakan. Don't worry sayang, umi juga ada barang kamu untuk kamu ..walaupun tak semuanya tapi insyaAllah ada. Kita buat sederhana tapi penuh makna. 
Bersama dengan ayah, umi belajar untuk berjimat ..ayah kamu sangat hebat.
.
ok, umi nak kena prepare untuk menu iftar hari ni. 
Hari ni umi terpaksa ponteng puasa kerana rasa lapar yang luar biasa. 


#umibakaltigasuperhero 

No comments: