syukur alhamdulillah..kita masih bernafas hingga saat ini untuk bertemu ramadhan pada kali ini..
ada banyak berita kematian yang diterima dan didengar..Allahu Akbar sesungguhnya mati itu tidak pernah lewat atau cepat walau sesaat ...ia datang tepat pada masanya.
ok ..apa yang di kongsi ramadhan kali ini yer..
apa yang terkesan pada teacher emi utk ramadhan kali ini ialah serangan yang berlaku di Gaza...tak tau kenapa peristiwa ini benar2 menyentuh perasaan ..melihat wajah2 anak didik di tadika buat terkenangkan anak2 kecil yang menangis meratapi nasib mereka..ada yang kehilangan ibu dan ayah, adik beradik...apa yang cuba tc emi sampaikan ialah bagaimana ingin menanamkan rasa syukur ke dalam hati anak2 didik ini..betapa beruntunynya kita di sini..ketika anak2 tc emi di sini selesa menikmati pelajaran dan bermain bersama2 rakan di tadika...nasib kwn2 kamu jauh berbeza sekali sayang....
pernah suatu pagi, dalam lesson plan dah plan nak bercerita tentang perang badar..entah dari mana ilham itu datang ..dari Allah swt pastinya..selepas bercerita tentang perang badar pada anak2 ini ..tiba2 hati tergerak utk membaca doa qunut nazilah...MasyaAllah, anak2 ini seolah2 faham apa yang berlaku.
sekarang ni bila tc emi tanya pada mana2 anak murid secara personal sebelum reading.."dah besar nak jadi apa?" bila ada yang jawab "nak jadi askar teacher" ..segera tc emi balas " ok nak jadi askar jadi lah macam Al-Fateh...askar yang hebat..tak pernah tinggal solat..sebab tu Allah bantu Al-Fateh tawan konstantinople". Walaupun mereka tak kenal siapa Al-Fateh tetapi sekurang2nya tc emi nak bagi tau pentingnya jaga solat. Jangan sesekali pertikaikan cita2 mereka, kita bertanggungjawab di atas kejayaan mereka dunia dan akhirat. Allahu alam...
** kredit utuk Tadika LC Selayang Paragon utk ramadhan activities ni
~akhir kalam~



No comments:
Post a Comment